Monday, March 22, 2010

LO 2 Impact Of Disabilities On The Children, Their Families, On Their Future

http://family.jrank.org/pages/396/Disabilities-Impact-Disabilities-on-Families.html

Artikel ini memaparkan bagaimana impak terhadap keluarga murid berkeperluan khas. Ianya memberi kesan dari pelbagai segi. Contohnya dari segi kewangan. Keluarga ( ibu bapa ) terpaksa menanggung kos rawatan terutamanya rawatan perkhidmatan sosial, kos pendidikan dan sebagainya. Keadaan yang berterusan ini turut memberi tekanan kepada keluarga kanak-kanak tersebut dari segi emosi seperti sentiasa rasa bimbang, malu untuk berhadapan dengan komuniti sekeliling serta sering memikirkan masa depan anak mereka yang menghidapi LD. Bagi menjaga dan menguruskan anak LD ini adakalanya didapati terdapat ibuyang terpaksa berhenti kerja. Situasi ini boleh menyebabkan pengurusan kewangan keluarga tersebut akan tergugat, aktiviti sosial dan pengurusan masa mereka akan turut terganggu. Kesannya sistem keluarga juga terjejas. Komuniti hari ini juga ada segelintirnya menyisih kanak-kanak LD. Pemikiran mereka masih tertutup. Hakikatnya kita perlu mengubah cara berfikir kerana ramai dikalangan individu-individu yang berjaya pada hari ini adalah golongan LD.



4 comments:

  1. Very nice blog, thanks for this post and I have some special things for you. If you are finding something to relax, Cookie Connect Extra; bubble charms free game will be my best recommendation for you. Let’s play and get more deep relaxation!
    Beside, you can try hangman word game. Now, you can completely play this addicting fun game on your mobile. Have fun!!!!

    ReplyDelete